Assalammualaikum, Sebenarnya dah lama yaya nak post mengenai program community service semester Oktober 2016 tapi disebabkan kekangan masa, tertangguh lama . hik3.. Jadi time cuti semester ni yaya cuba curi masa untuk post entry ni. Community Service ataupun khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasil ataupun output yang berguna. khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara pelajar dan komuniti setempat. Antara matlamat CS adalah untuk memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran. Seterusnya memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. Selain itu, sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarak...