Assalammualaikum, Sebenarnya dah lama yaya nak post mengenai program community service semester Oktober 2016 tapi disebabkan kekangan masa, tertangguh lama . hik3.. Jadi time cuti semester ni yaya cuba curi masa untuk post entry ni.
Community Service ataupun khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasil ataupun output yang berguna. khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara pelajar dan komuniti setempat.
Antara matlamat CS adalah untuk memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran. Seterusnya memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. Selain itu, sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara. Di samping membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Kita juga memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideology.
Subjek CS yang merupakan subjek ko-kurikulum di bawah pimpinan Encik Yusni B. Yusof telah bergabung dengan subjek Event Management di bawah pimpinan Encik Muhd Khusaini. Bilangan pelajar yang menjayakan program CS adalah seramai 109 orang. Program kali ini dinamakan “XPLORE DESA”. Program ini berlansung di Kampung Pinang, Pedu pada 19 NOVEMBER 2016.
Ahli jawatankuasa berkumpul di hadapan UNITAR seawal pukul 6.00 pagi. Setelah semua pelajar yang terlebat selesai mendaftar. Pengarah program memberi sedikit penerangan. Setelah itu, sesi pengagihan sarapan pagi di lakukan . 3 orang AJK ditugaskan untuk menunggu di hadapan setiap bas untuk memberi nombor cabutan bertuah. Setelah memastikan semua pelajar telah menaiki bas, kami pun bergerak ke Kampung Pinang.
Setibanya dikampung tersebut, kami di sambut mesra oleh penduduk kampung. Aktiviti pertama dimulakan dengan Jalan 10 000 langkah. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar dan juga penduduk kampung.
Semasa aktiviti ini, kami berpeluang beramah mesra serta berkenalan dengan penduduk kampung. Setelah selesai, kami dijamu pulut ikan kering iaitu menu wajib sarapan pagi penduduk setempat.
Seterusnya, setelah selesai mengagih kumpulan dan tugas, pelajar bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Semua pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan. Ada yang di tugaskan untuk menjalankan gotong royong membersih di rumah fakir miskin, balai raya dan surau. Selain itu ada yang ditugas untuk membantu penduduk kampung menyediakan makan untuk kenduri kampung.
Pada sesi petang adalah sukaneka serta pertandingan merwarna untuk kanak-kanak. Antara sukaneka yang dijalankan ialah, semakin jauh semakin sayang. Petandingan ini dimainkan secara berpasangan diantara pelajar dan juga penduduk kampung. Selain itu, isi air dalam botol, batuk kelapa serta pertandingan anyam ketupat. Manakala, pertandingan untuk kanak-kanak pula ialah tiup belon serta cari gula-gula dalam tepung. Disamping itu, cabutan bertuah juga dijalankan secara berselang-seli dengan sukaneka. Aktiviti yang terahir ialah perlawanan tarik tali diantara pelajar UNITAR dengan Penduduk kampung. Untuk perlawanan ini terdapat dua kategori, iaitu kategori lelaki dan wanita. Kedua-dua kategori ini dimenangi oleh penduduk kampung.
Sebelum para pelajar meninggalkan Kampung Pinang, sesi salam bersalaman dengan penduduk kampung diadakan. Semasa sesi bersalaman ini, ramai di antara pelajar menitiskan air mata semasa bersalaman dan berpelukkan dengan penduduk kampung. Layanan mereka yang ikhlas menerima kehadiran kami membuatkan ramai diantara kami berasa hiba. Di sebabkan saya dan beberapa orang rakan bertolak ke Kampung Pinang dengan menggunakan kereta dan tidak menaiki bas. Kami mengambil keputusan untuk bersama-sama orang kampung untuk mengemas dan menyimpan semua peralatan-peralatan yang digunakan untuk memasak.
Pelbagai pengalaman yang berharga yang diperolehi oleh saya ketika menjalankan tugas sebagai timbalan pengarah Program Xplore Desa. Keakraban sesama ajk serta peranan penasihat yang membuatkan program ini berjalan lancar. Program ini telah memberi peluang kepada saya untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Seterusnya memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. Program ini memberi peluang kepada saya serta para pelajar dalam memberi sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat disamping membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Kami juga dapat memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideology. Selain itu, yang lebih menyeronokkan adalah saya dapat merasai sendiri pengalaman berada di dalam suasana kampung yang unik serta mempunyai penduduk yang mesra seperti Kampung Pinang. Kebanyakkan kawasan di Kampung Pinang tiada liputan talian telefon jadi ia memberi ruang kepada kami untuk beramah mesra dengan penduduk kampung dan mengeratkan hubungan di antara kami pelajar UNITAR. Setelah mendengar cerita daripada rakan-rakan yang diberi tugas gotong royong dirumah orang yang kurang berkemampuan, saya sedar bahawa tidak semua manusia bernasib baik. Jika kita rasa kita susah, ada lagi insan yang memerlukan daripada kita. Ia mengajar saya erti bersyukur dan lebih menghargai kehidupan ini.
Gambar tak upload habis lagi sebab internet connection mengcemburui pulak,
Comments
Post a Comment